Monday, 24 August 2015


Assalamualaikum dan salam sejahtera...
hari nie admin nk post pasal bahagian kediaman dan penempatan mahasiswa pulak. Baca tau jangan tak baca :) 

Bahagian Kediaman & Penempatan Mahasiswa

 Kolej Kediaman
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) mempunyai 12 buah kolej kediaman yang dilengkapi dengan pelbagai prasarana bagi memberi keselesaan kepada penghuninya.

Dasar utama penempatan pelajar di Kolej Kediaman ialah memberi penempatan selesa dan persekitaran kampus yang kondusif kepada penghuninya. Pihak kolej telah mengadakan pelbagai aktiviti pelajar mencakupi aspek akademik, kepimpinan, sukan, rekreasi sosial dan kerohanian.

Kolej kediaman bukan sahaja dilihat sebagai tempat penginapan pelajar malah berfungsi sebagai tempat pembelajaran dan perpaduan pelajar. Dasar kolej kediaman universiti adalah untuk memberi tempat penginapan dengan persekitaran pembelajaran yang selesa, ceria dan selamat. Semua pihak sama ada pengurusan kolej atau penghuni menjalankan tanggungjawab dan peranan masing-masing bagi memastikan keselesaan dan keharmonian kolej kediaman dapat dicapai. KUIS mempunyai 12 buah kolej kediaman yang boleh menempatkan seramai 2,340 orang siswa dan 4,164  orang siswi.

Selain dari menyediakan tempat untuk penginapan, kolej kediaman juga adalah wadah untuk membentuk dan membangunkan sahsiah pelajar bagi mewujudkan lulusan yang bersifat holistik. Pelbagai program dan aktiviti pelajar dirangka dan dilaksanakan di peringkat kolej dan dikawalselia oleh Pengetua dan Pengurus Asrama. Bagi membantu pentadbiran kolej dan menjaga kebajikan serta pembangunan pelajar, beberapa Felo telah dilantik oleh Pengetua Kolej Kediaman. Pelajar boleh menghubungi Felo yang bertugas selepas waktu pejabat untuk bantuan dan nasihat berkaitan dengan aktiviti atau masalah yang mereka hadapi.

 Senarai Kolej Kediaman
Kolej Kediaman Siswa Kolej Kediaman Siswi
P1 Kolej Kediaman Abu Bakar P6 Kolej Kediaman Khadijah
P2 Kolej Kediaman Uthman P7 Kolej Kediaman Aisyah
P3 Kolej Kediaman Umar P8 Kolej Kediaman Asiah
P4 Kolej Kediaman Ali P9 Kolej Kediaman Asma'
P5 Kolej Kediaman Bilal P10 Kolej Kediaman Fatimah
Blok A Kolej Kediaman Faruq Blok G Kolej Kediaman Hafsah
Blok B Kolej Kediaman Hamzah Blok H Kolej Kediaman Safiyyah
Blok C Kolej Kediaman Zubair Blok I Kolej Kediaman Maryam
Blok D Kolej Kediaman Uqbah
Blok E Kolej Kediaman Salman
Blok F Kolej Kediaman Handzalah

Kolej Kediaman untuk pelajar Diploma & Ijazah (Siswa)Kolej Kediaman untuk pelajar Diploma & Ijazah (Siswi)

Kolej Kediaman untuk pelajar Asasi
Asslammualaikum w.b.t ...
Berjumpa lagi kita untuk posting kali ini...kali ni saya nak ceritala sikit apa yang bestnya kat kuis ni kan...heheh banyak juga la bende menarik yang ramai student lepasan spm atau stpm nak sambung pembelajaran disni..


antara sebabnya ialah nak jumpa ustaz don... haa ni nak cerita la..ustad don ni dahulumya lecterur la kat sini tapi sekarang dia bukan lecterur dah..sekarang dia banyak amik invitation dari luar je sebab banyak sngat invitation utk dia bg ceramah la itu la ini la so masa dia untuk lecterur takde tetapi dia still mengajar lagi kat kuis tetapi under kuiscell...haa kuiscell tu lain pula ceritanya haaa nanti say cerita untuk posting akan datang....

So sape yang rasa rasa nak jumpa ustaz don selalu nak beborak dengan dia ke atau ape ape je...haa meh la masuk kuis..tiap tiap hari korang boleh jumpa..kalau korang tak segan la hahaha...selalu semua segan je nak jumpa orang ternama ni kan hehehe...moga moga terbuka la hati sape sape yang nak masuk kuis ni ye...haaa

JOM MASUK KUISS !!!!!!!

USTAZ DON ADA>>>HAA PAKAT MASUKK NAHHH
http://www.kuis.edu.my/v3/


Tuesday, 11 August 2015

Assalammualaikum dan salam sejahtera..
Posting kali ini pula saya akan memperkenalkan kepada anda semua 

Antara Kursus yang ditawarkan untuk SPM,STAM,STPM

 


 

Pelan Lokasi ke Kuis

Untuk kali ini saya mendedahkan pelan lokasi ke kuis pula...harap ia membantu anda semua

Terima Kasih  :)

Penerangan Kuis


Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor atau lebih dikenali sebagai KUIS merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Islam milik sepenuhnya Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang ditubuhkan di bawah akta IPTS 1996. Penubuhannya secara rasmi pada 15 Februari 1995 membuktikan komitmen kerajaan negeri dalam membangunkan  agenda pendidikan dan kecemerlangan ilmu. Sehingga kini KUIS masih mengekalkan objektif awal penubuhannya untuk melahirkan lebih ramai tenaga profesional Islam yang mampu memimpin masyarakat serta membangun dan mengembangkan ilmu pengetahuan islam. Selain itu, KUIS juga berperanan menyediakan alternatif bagi lepasan sekolah unuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Bersandarkan misi dan visi yang jelas, KUIS terus mengorak langkah ke hadapan mendepani pelbagai cabaran dan perubahan. Falsafah kesepaduan ilmu yang didukung adalah sejajar dengan hasrat kerajaan untuk membangunkan modal insan yang boleh memajukan negara di masa hadapan.

Selaras dengan itu, KUIS menawarkan bidang pengajian merentasi disiplin antaranya termasuk pengajian Islam, pengajian perniagaan, perbankan Islam, bahasa dan komunikasi, ICT dan multimedia, kejururawatan dan pendidikan. KUIS juga sentiasa komited dalam memastikan setiap program yang ditawarkan adalah berdaya saing, kompetitif dan berkualiti serta memenuhi perakuan (MQA) Agensi Kelayakan Malaysia.

Dalam usaha menjadi sebuah universiti elit dan dinamik, KUIS terus berusaha mengekalkan persijilan MS ISO 9001:2008 bagi skop pengajian dan pembelajaran (P&P). Selainitu, pengiktirafan status Multimedia Super Corridor (MSC) telah berjaya membuktikan keupayaan KUIS menyediakan khidmat pendidikan tinggi di bidang teknologi maklumat sekaligus menyumbang kepada hasrat kerajaan dalam melahirkan pekerja-pekerja bermaklumat (k-workers) untuk kejayaan MSC.

Menerusi jaringan akademik di dalam dan luar negara, aspek penjanaan ilmu dan inovasi terutama melalui penyelidikan dan pembangunan (R&D) akan terus dipertingkatkan bersesuaian dengan moto Pemangkin Tradisi Ilmu.

Sejajar dengan itu juga, KUIS bertekad untuk menjadi sebuah gedung ilmu bertaraf antarabangsa dan pelopor di kalangan institusi pendidikan tinggi swasta berteraskan Islam.
 

lawati rangkaian dibawah untuk keterangan lebih lanjut. :)