Monday, 24 August 2015


Assalamualaikum dan salam sejahtera...
hari nie admin nk post pasal bahagian kediaman dan penempatan mahasiswa pulak. Baca tau jangan tak baca :) 

Bahagian Kediaman & Penempatan Mahasiswa

 Kolej Kediaman
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) mempunyai 12 buah kolej kediaman yang dilengkapi dengan pelbagai prasarana bagi memberi keselesaan kepada penghuninya.

Dasar utama penempatan pelajar di Kolej Kediaman ialah memberi penempatan selesa dan persekitaran kampus yang kondusif kepada penghuninya. Pihak kolej telah mengadakan pelbagai aktiviti pelajar mencakupi aspek akademik, kepimpinan, sukan, rekreasi sosial dan kerohanian.

Kolej kediaman bukan sahaja dilihat sebagai tempat penginapan pelajar malah berfungsi sebagai tempat pembelajaran dan perpaduan pelajar. Dasar kolej kediaman universiti adalah untuk memberi tempat penginapan dengan persekitaran pembelajaran yang selesa, ceria dan selamat. Semua pihak sama ada pengurusan kolej atau penghuni menjalankan tanggungjawab dan peranan masing-masing bagi memastikan keselesaan dan keharmonian kolej kediaman dapat dicapai. KUIS mempunyai 12 buah kolej kediaman yang boleh menempatkan seramai 2,340 orang siswa dan 4,164  orang siswi.

Selain dari menyediakan tempat untuk penginapan, kolej kediaman juga adalah wadah untuk membentuk dan membangunkan sahsiah pelajar bagi mewujudkan lulusan yang bersifat holistik. Pelbagai program dan aktiviti pelajar dirangka dan dilaksanakan di peringkat kolej dan dikawalselia oleh Pengetua dan Pengurus Asrama. Bagi membantu pentadbiran kolej dan menjaga kebajikan serta pembangunan pelajar, beberapa Felo telah dilantik oleh Pengetua Kolej Kediaman. Pelajar boleh menghubungi Felo yang bertugas selepas waktu pejabat untuk bantuan dan nasihat berkaitan dengan aktiviti atau masalah yang mereka hadapi.

 Senarai Kolej Kediaman
Kolej Kediaman Siswa Kolej Kediaman Siswi
P1 Kolej Kediaman Abu Bakar P6 Kolej Kediaman Khadijah
P2 Kolej Kediaman Uthman P7 Kolej Kediaman Aisyah
P3 Kolej Kediaman Umar P8 Kolej Kediaman Asiah
P4 Kolej Kediaman Ali P9 Kolej Kediaman Asma'
P5 Kolej Kediaman Bilal P10 Kolej Kediaman Fatimah
Blok A Kolej Kediaman Faruq Blok G Kolej Kediaman Hafsah
Blok B Kolej Kediaman Hamzah Blok H Kolej Kediaman Safiyyah
Blok C Kolej Kediaman Zubair Blok I Kolej Kediaman Maryam
Blok D Kolej Kediaman Uqbah
Blok E Kolej Kediaman Salman
Blok F Kolej Kediaman Handzalah

Kolej Kediaman untuk pelajar Diploma & Ijazah (Siswa)Kolej Kediaman untuk pelajar Diploma & Ijazah (Siswi)

Kolej Kediaman untuk pelajar Asasi

No comments:

Post a Comment